{"id":8581,"date":"2022-03-03T07:40:19","date_gmt":"2022-03-03T07:40:19","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8581"},"modified":"2022-03-03T07:40:19","modified_gmt":"2022-03-03T07:40:19","slug":"pecah-amanah-rm6-6-bilion-najib-mohd-irwan-gagal-supaya-dilepas-tanpa-dibebas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pecah-amanah-rm6-6-bilion-najib-mohd-irwan-gagal-supaya-dilepas-tanpa-dibebas\/","title":{"rendered":"Pecah amanah RM6.6 bilion : Najib, Mohd Irwan gagal supaya dilepas tanpa dibebas"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, untuk dilepaskan tanpa dibebaskan daripada enam pertuduhan pecah amanah\u00a0berjumlah\u00a0RM6.6 bilion membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dihadapi mereka.<\/p>\n<p>Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam keputusannya\u00a0berkata mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan tersebut, mengambil kira faktor pihak pendakwaan telah bersedia dengan perbicaraan.<\/p>\n<p>\u201cTarikh perbicaraan selama 32 hari pada September 2021 sudah ditetapkan sebelum ini, namun telah dilapangkan atas permohonan pihak pendakwaan dan ia tidak dibantah oleh pihak pembelaan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cPermohonan untuk dilepaskan tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah hanya boleh dibenarkan jika pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan kes,\u201d katanya dan menetapkan 1 hingga 4 April 2023, 8-11 April dan sepanjang Mei tahun depan sebagai tarikh perbicaraan baharu kes tersebut.<\/p>\n<p>Najib, 68, dan Mohd Irwan, 63, memohon dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan\u00a0itu hari ini, semasa pengurusan kes berkenaan atas alasan mereka telah dituduh sejak 2018 namun masih belum dibicarakan sehingga kini.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>Terdahulu,\u00a0peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib berhujah walaupun selepas didakwa empat tahun lepas, kes terhadap anak guamnya masih tergantung dan perbicaraan belum lagi bermula.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cPada masa sama, kami memohon beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, tetapi ia masih belum dilengkapkan. Oleh itu, kami pohon satu perintah lepas tanpa bebas diberikan kepada anak guam kami,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan berkata pihaknya tidak meragui proses mahkamah atau pihak pendakwaan, tetapi kes yang dihadapi anak guamnya masih lagi tergantung dan disebut sebanyak 14 kali di mahkamah sejak Oktober 2018.<\/p>\n<p>\u201cKes ini telah tergantung kerana tiada kesesuaian tarikh bicara berikutan tertuduh pertama iaitu Datuk Seri Najib sedang dibicarakan di beberapa mahkamah berbeza, dan pihak kami mendapat makluman daripada peguam beliau, tarikh yang masih tersedia hanyalah pada tahun 2023.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSekiranya Yang Arif membenarkan permohonan ini (lepas tanpa bebas), pihak pendakwaan boleh mengemukakan semula pendakwaan pada bila-bila masa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi bagaimanapun membantah permohonan itu, atas alasan tidak adil bagi mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh dilepas tanpa dibebaskan pada peringkat ini (sebelum perbicaraan).<\/p>\n<p>Beliau berkata pihak pendakwaan bersedia untuk menjalankan kes, di mana sudah tiga kali serahan dokumen dibuat mengikut Seksyen 51A \u00a0dan mengikut peruntukan undang-undang, mereka boleh mengemukakan dokumen tambahan jika ada sebelum perbicaraan.<\/p>\n<p>\u201cPendakwa raya mewakili 34 juta orang awam yang ingin melihat kes ini dibicarakan, bukan boleh dilepas tanpa dibebaskan begitu sahaja. Kami bersedia untuk membuktikan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada 24 Okt 2018, Najib\u00a0dan Mohd Irwan\u00a0mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah\u00a0amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah\u00a0RM6.6 bilion, berkaitan bayaran kepada IPIC.<\/p>\n<p>Mereka\u00a0dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Dis 2016 dan 18 Dis 2017, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":4129,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-8581","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8581","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8581"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8581\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8582,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8581\/revisions\/8582"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4129"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8581"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8581"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8581"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}