{"id":8644,"date":"2022-03-05T06:52:45","date_gmt":"2022-03-05T06:52:45","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8644"},"modified":"2022-03-05T06:52:45","modified_gmt":"2022-03-05T06:52:45","slug":"hampir-keseluruhan-hadir-ke-sekolah-tanpa-penggiliran-mulai-21-mac-radzi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/hampir-keseluruhan-hadir-ke-sekolah-tanpa-penggiliran-mulai-21-mac-radzi\/","title":{"rendered":"Hampir keseluruhan hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 21 Mac &#8211; Radzi"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022\/2023 yang akan bermula pada 21 Mac ini adalah lebih terbuka dengan\u00a0hampir keseluruhan murid akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran,\u00a0kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.<\/p>\n<p>Beliau menerusi satu video yang dikongsi di akaun Facebook hari ini berkata\u00a0namun begitu Kementerian Pendidikan (KPM)\u00a0akan terus memantau keadaan semasa untuk memastikan dan menetapkan bila\u00a0tarikh bagi murid yang hadir ke sekolah secara penggiliran dapat hadir ke sekolah secara tanpa penggiliran.<\/p>\n<p>\u201cApabila sekolah dibuka kelak kami di KPM berharap ibu bapa, murid,\u00a0guru dan warga pendidikan dapat bersama memastikan\u00a0segala prosedur operasi standard (SOP)\u00a0dapat dipatuhi dengan baik supaya sesi persekolahan berlangsung dengan selamat dan teratur,\u201d katanya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata\u00a0sekiranya ibu bapa atau penjaga memilih untuk tidak menghantar anak masing-masing\u00a0ke sekolah apabila sekolah dibuka pada 21 Mac,\u00a0 ketidakhadiran itu tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin tetapi ketidakhadiran murid perlu dimaklumkan\u00a0kepada pihak sekolah untuk\u00a0tujuan rekod.<\/p>\n<p>Mengulas pengoperasian sekolah rendah apabila penggal persekolahan dibuka pada 21 Mac, Radzi berkata bagi sekolah rendah dengan enrolmen\u00a0murid kurang daripada 600 orang, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah rendah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa akan hadir tanpa penggiliran.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>\u201cSekolah rendah swasta termasuk\u00a0sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa dengan\u00a0enrolmen melebihi\u00a0600 murid boleh\u00a0mengemukakan\u00a0permohonan kepada KPM\u00a0untuk\u00a0beroperasi sepenuhnya,\u201d katanya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Radzi berkata bagi sekolah rendah dengan enrolmen\u00a0murid melebihi 600 orang, murid yang akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran ialah\u00a0murid berkeperluan khas (MBK), Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), murid prasekolah, murid Tahun Satu, Dua dan Enam serta semua murid penerima Rancangan Makanan Tambahan.<\/p>\n<p>\u201cBagi Tahun Tiga, Empat dan Lima,\u00a0murid ini\u00a0akan hadir secara penggiliran. Ketetapan ini turut terpakai untuk sekolah swasta, sekolah ekspatriat\u00a0dan sekolah antarabangsa yang\u00a0setara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata ujian saringan kendiri COVID-19 yang perlu dijalani 10 peratus murid sekolah rendah dilaksanakan pada penggal persekolahan\u00a0sebelum ini dikekalkan apabila sesi dibuka pada 21 Mac ini dan KPM akan membekalkan test kit kepada murid untuk ujian\u00a0di rumah dan laporkan keputusan ujian kepada sekolah.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div><\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Menurut Radzi mulai 21 Mac apabila semester atau penggal persekolahan baharu bermula, pelajar\u00a0di sekolah menengah akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk tempoh dua\u00a0minggu dari\u00a021 Mac hingga\u00a04 April seterusnya\u00a0hadir ke sekolah secara bersemuka bermula 4 April\u00a0kecuali sekolah berasrama penuh.<\/p>\n<p>Semua pelajar\u00a0sekolah menengah akan masuk ke sekolah tanpa penggiliran. Ini\u00a0termasuk pelajar\u00a0berkeperluan khas, kelas peralihan, Tingkatan Satu hingga Enam, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)\u00a0 dan pelajar\u00a0peperiksaan antarabangsa yang setara,\u00a0katanya.<\/p>\n<p>Radzi berkata untuk sekolah menengah berasrama penuh, murid yang\u00a0akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran\u00a0adalah pelajar\u00a0Tingkatan Dua hingga Enam, prauniversti, IBDP serta peperiksaan\u00a0setara yang lain dan mereka\u00a0akan dibenarkan masuk ke asrama mulai 4 April.<\/p>\n<p>Beliau berkata pelajar Tingkatan Satu\u00a0yang berjaya memasuki sekolah berasrama,\u00a0boleh memilih sama ada menjalani PdPR\u00a0atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan ke sekolah berasrama diumumkan KPM.<\/p>\n<p>Menurutnya\u00a0bagi sekolah swasta berasrama\u00a0yang mempunyai kapasiti untuk urus keseluruhan pelajar, sekolah berkenaan boleh beroperasi sepenuhnya termasuk\u00a0pelajar\u00a0baharu Tingkatan Satu.<\/p>\n<p>Menyentuh mengenai pakaian seragam sekolah, Radzi\u00a0berkata\u00a0KPM menggalakkan murid memakai seragam sekolah namun bagi mereka yang mempunyai halangan, KPM juga membenarkan murid untuk hadir ke sekolah\u00a0dengan pakaian yang sopan dan bersesuaian.<\/p>\n<p>Katanya sesi persekolahan bagi kolej vokasional\u00a0\u00a0akan berlangsung tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik masing-masing termasuk\u00a0penuntut Sijil Vokasional Malaysia\u00a0dan Diploma Vokasional Malaysia.<\/p>\n<p>Beliau berkata bagi kolej matrikulasi semua penuntut\u00a0akan hadir tanpa penggiliran mengikut\u00a0takwim akademik masing-masing.\u00a0 Bagi sistem empat semester yang akan hadir ialah penuntut semester dua dan semester empat manakala bagi sistem dua semester, ia melibatkan penuntut\u00a0semester dua.<\/p>\n<p>Menurutnya, bagi Insititut\u00a0Pendidikan Guru (IPG), kehadiran adalah tanpa\u00a0penggiliran mengikut takwim kalendar akademik.<\/p>\n<p>Ia meliputi pelajar lima program iaitu\u00a0Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Diploma Pascasiswazah Pendidikan,\u00a0Diploma Perguruan Malaysia\u00a0dan\u00a0Program\u00a0Intervensi Tambah Opsyen.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022\/2023 yang akan bermula pada 21 Mac ini adalah lebih terbuka&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":4524,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-8644","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8644","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8644"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8644\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8645,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8644\/revisions\/8645"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4524"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8644"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8644"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8644"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}