{"id":8781,"date":"2022-03-10T05:55:36","date_gmt":"2022-03-10T05:55:36","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8781"},"modified":"2022-03-10T05:55:36","modified_gmt":"2022-03-10T05:55:36","slug":"kerajaan-tidak-iktiraf-tuntutan-prosiding-timbang-tara-waris-sultan-sulu-wan-junaidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-tidak-iktiraf-tuntutan-prosiding-timbang-tara-waris-sultan-sulu-wan-junaidi\/","title":{"rendered":"Kerajaan tidak iktiraf tuntutan, prosiding timbang tara waris Sultan Sulu &#8211; Wan Junaidi"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara berkaitan arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion ($14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Parlimen dan Undang-undang) berkata ia memandangkan lantikan penimbang tara yang dilantik, Dr\u00a0Gonzalo Stampa telah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cPada 29 Jun 2021, atas permohonan kerajaan, Mahkamah Madrid telah membatalkan pelantikan Dr\u00a0Stampa sebagai penimbang tara dan kesemua tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Dr\u00a0Stampa adalah terbatal.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cMahkamah Madrid pada 13 Okt\u00a02021 memutuskan bahawa Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan oleh Dr\u00a0Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal (null and void),\u201d katanya pada sesi Pertanyaan Menteri\u00a0persidangan Dewan Rakyat\u00a0di sini hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menjawab soalan\u00a0Ahmad Hassan (Warisan-Papar) yang meminta penjelasan kerajaan mengenai arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion ($14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>Wan Junaidi berkata\u00a0kerajaan tidak berdiam diri walaupun tidak mengiktiraf tuntutan itu\u00a0dan mengambil tindakan perundangan sewajarnya, dengan memfailkan kes\u00a0di Mahkamah Tinggi Sabah yang mana penuntut tidak hadir ke prosiding itu.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata\u00a0Mahkamah Tinggi Sabah\u00a0pada 14 Jan\u00a02020 memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya dan penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan Mahkamah Tinggi Sabah itu\u00a0telah dibawa ke Mahkamah Madrid, Sepanyol untuk diiktiraf dan dikuatkuasakan bagi memberhentikan prosiding timbang tara di Sepanyol.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSusulan itu, \u2018Partial Award on Jurisdiction\u2019 yang dikeluarkan oleh Penimbang Tara pada 25 Mei 2020 telah diketepikan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun katanya penuntut telah membawa \u2018Partial Award on Jurisdiction\u2019 itu\u00a0ke Perancis sebelum 13 Okt\u00a02021, bagi memintas keputusan Mahkamah Madrid tersebut.<\/p>\n<p>Katanya, tanpa mengetahui keputusan Mahkamah Madrid yang telah membatalkan pelantikan dan keputusan Dr\u00a0\u00a0Stampa, Mahkamah Perancis telah mengeluarkan \u2018Exequatur Order\u2019 yang mengiktiraf \u2018Partial Award on Jurisdiction\u2019 bertarikh 25 Mei 2020 itu.<\/p>\n<p>Berdasarkan \u2018Exequatur Order\u2019 itu, Dr\u00a0Stampa telah memindahkan tempat (seat) timbang tara dari Madrid ke Paris bagi meneruskan prosiding timbang tara itu.<\/p>\n<p>\u201cSebagai bantahan kepada tindakan Penimbang Tara terhadap ketidakpatuhan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid, ketidakaturan proses, ketidakadilan serta penghinaan kepada kedaulatan undang-undang, kerajaan Malaysia memfailkan aduan jenayah terhadap Dr\u00a0Stampa kepada Peguam Negara Sepanyol pada 14 Dis\u00a02021,\u201d katanya serta memaklumkan Malaysia juga telah memfailkan rayuan membatalkan \u2018Exequatur Order\u2019 itu\u00a0dan permohonan menggantung pelaksanaannya.<\/p>\n<p>Pada 16 Dis\u00a02021, Mahkamah Rayuan Perancis membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia bagi penggantungan \u2018Exequatur Order\u2019 yang dikeluarkan pada 29 Sept\u00a02021. Rayuan yang difailkan Kerajaan Malaysia masih belum diputuskan.<\/p>\n<p>Sementara itu, Wan Junaidi berkata kerajaan sentiasa peka dan bersedia untuk mencabar sebarang tindakan penguatkuasaan keputusan\u00a0sekiranya dilaksanakan oleh penuntut pada bila-bila masa dan di mana jua bagi memastikan kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara.<\/p>\n<p>Wan Junaidi juga menjelaskan rentetan peristiwa yang membawa kepada tindakan tuntutan pampasan itu, iaitu\u00a0Perjanjian dimeterai antara Sultan Mohamet Jamal Al Alam (Sultan Sulu) dengan Baron de Overbeck &amp; Alfred Dent pada\u00a022 Jan\u00a01878, bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di Sabah.<\/p>\n<p>Bagaimanapun katanya selepas pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah\u00a0pada 12 Feb\u00a02013 kerajaan Malaysia menghentikan serahan wang ihsan kepada waris Kesultanan Sulu.<\/p>\n<p>\u201cLanjutan daripada tindakan itu, Firma Guaman yang mewakili warga Filipina yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu (Penuntut) memohon rundingan semula bayaran wang ihsan di bawah Perjanjian 1878 dan memfailkan permohonan \u2018Superior Court of Justice\u2019 di Madrid, Sepanyol (Mahkamah Madrid) untuk melantik penimbang tara pada 31 Jan\u00a02018.<\/p>\n<p>\u201cMahkamah Madrid, Sepanyol kemudiannya memutuskan untuk melantik penimbang tara\u00a0 dan Dr Gonzalo Stampa dilantik pada 22 Mei 2019.<\/p>\n<p>\u201cPada 30 Julai 2019 satu Notis Timbang Tara diserah kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar dengan anggaran tuntutan melebihi AS$32 bilion,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara berkaitan arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion ($14.92 bilion) kepada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":8782,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-8781","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8781","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8781"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8781\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8783,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8781\/revisions\/8783"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8782"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8781"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8781"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8781"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}