{"id":8861,"date":"2022-03-13T10:28:35","date_gmt":"2022-03-13T10:28:35","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8861"},"modified":"2022-03-13T10:28:35","modified_gmt":"2022-03-13T10:28:35","slug":"pru15-beri-masa-sehingga-kesihatan-awam-stabil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pru15-beri-masa-sehingga-kesihatan-awam-stabil\/","title":{"rendered":"PRU15: Beri masa sehingga kesihatan awam stabil"},"content":{"rendered":"<p>SEREMBAN: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berpandangan keadaan kesihatan awam di negara ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.<\/p>\n<p>Beliau berkata walaupun negara telah\u00a0masuk ke fasa peralihan ke endemik, tidak bermaksud pandemik berkenaan sudah tamat dan semua pihak masih perlu berhati-hati memandangkan\u00a0PRU15 melibatkan orang ramai.<\/p>\n<p>\u201cSempadan negara dibuka, saf boleh dirapatkan (solat berjemaah di masjid\u00a0dan surau) dan had maksimum kapasiti (di masjid dan surau) dimansuhkan tetapi itu tidak bermakna kita boleh buat apa sahaja.\u00a0Pilihan Raya Negeri (PRN)\u00a0Johor baru selesai, saya rasa lebih baik\u00a0tunggu sehingga keadaan kesihatan\u00a0awam betul-betul stabil.<\/p>\n<p>\u201cSaya nampak kerajaan Persekutuan ada perjanjian hingga Julai (Memorandum Persefahaman\u00a0Transformasi dan Kestabilan Politik), tiada keperluan mendesak kerana kerajaan\u00a0stabil, tidak akan tumbang, undang-undang dapat\u00a0diululuskan di Parlimen, jangan kita mengundang perkara yang tidak perlu semata-mata kita nampak ada peluang politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau ditemui pemberita selepas\u00a0program khidmat komuniti anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia di sini hari ini.<\/p>\n<p>Sementara itu, Khairy berkata perbincangan dengan\u00a0Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diadakan bagi\u00a0mencari mekanisme terbaik terhadap cadangan membenarkan pesakit COVID-19 mengundi pada pilihan raya.<\/p>\n<p>Beliau berkata sememangnya rakyat Malaysia berhak mengundi namun disebabkan negara masih dilanda pandemik, mekanisme yang selamat bagi membolehkan pesakit COVID-19 mengundi tanpa memudaratkan kesihatan awam perlu difikirkan.<\/p>\n<p>\u201cYa, memang hak mereka (pesakit COVID-19) mengundi dan hak rakyat Malaysia (juga untuk)\u00a0tidak dijangkiti COVID-19, jadi dalam mengimbangi hak ini, kita perlu kaedah terbaik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas cadangan segelintir pihak agar\u00a0Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC)\u00a0dijadikan pusat mengundi, Khairy berkata hampir 96 peratus pesakit COVID-19 menjalani kuarantin di rumah masing-masing.<\/p>\n<p>Menurut Khairy sekiranya PKRC digunakan sebagai pusat mengundi, persoalan lain yang akan timbul adalah keselamatan kesihatan anggota keluarga yang terdedah dengan jangkitan COVID-19 semasa mereka menghantar pesakit ke PKRC.<\/p>\n<p>\u201cSaya terbaca semalam, contohnya\u00a0mewujudkan pusat mengundi di PKRC, persoalannya jika wujud satu pusat mengundi pos bagi pesakit COVID-19, bagaimana mereka hendak pergi ke sana, kalau individu itu boleh bawa kenderaan sendiri tidak menjadi masalah&#8230;jika tidak,\u00a0siapa yang perlu membawa mereka, ini boleh memudaratkan ahli keluarga atau pemandu Grab\u00a0misalnya.<\/p>\n<p>\u201cMemang banyak cara tetapi saya bangkitkan dulu cabarannya&#8230;nak lakukan boleh tetapi perlu berbincang dengan SPR selepas ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Khairy berkata sebanyak\u00a054 kompaun dikeluarkan sepanjang PRN Johor dan menyifatkan prosedur operasi standard\u00a0yang ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19 pada PRN berkenaan dipatuhi dengan baik.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEREMBAN: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berpandangan keadaan kesihatan awam di negara ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu distabilkan terlebih&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":8577,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-8861","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8861","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8861"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8861\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8862,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8861\/revisions\/8862"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8577"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8861"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8861"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8861"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}