{"id":8928,"date":"2022-03-16T06:22:24","date_gmt":"2022-03-16T06:22:24","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8928"},"modified":"2022-03-16T06:22:24","modified_gmt":"2022-03-16T06:22:24","slug":"kerajaan-benar-pengeluaran-khas-kwsp-rm10000","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-benar-pengeluaran-khas-kwsp-rm10000\/","title":{"rendered":"Kerajaan benar pengeluaran khas KWSP RM10,000"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarkan satu lagi pusingan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.<\/p>\n<p>\u201cJusteru hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,\u201d katanya dalam sidang media khas hari ini.<\/p>\n<p>Ismail berkata, keputusan itu dibuat susulan masih ada dalam kalangan Keluarga Malaysia terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.<\/p>\n<div class=\"code-block code-block-6\"><\/div>\n<div class=\"code-block code-block-4 ai-viewport-3\"><\/div>\n<div class=\"code-block code-block-2\"><\/div>\n<p>Beliau berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.<\/p>\n<p>Katanya, ia merupakan satu keputusan sukar kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan pencarum dapat mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap pencarum membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,\u201d katanya.<\/p>\n<div id=\"div-gpt-ad-1609899061904-0\" data-google-query-id=\"CJiS7of-yfYCFUoX1Qodjo4MjQ\">\n<p>Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.<\/p>\n<p>Sementara itu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan berkata, perincian mengenai butir pengeluaran khas berkenaan akan dimaklumkan KWSP dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Katanya, KWSP juga akan mengumumkan langkah perlu bagi menangani isu dana persaraan pencarum yang berkurangan.<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarkan satu lagi pusingan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000, kata Perdana Menteri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":8929,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-8928","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8928","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8928"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8928\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8930,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8928\/revisions\/8930"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8929"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8928"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8928"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8928"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}