{"id":9062,"date":"2022-03-22T01:29:26","date_gmt":"2022-03-22T01:29:26","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=9062"},"modified":"2022-03-22T01:29:26","modified_gmt":"2022-03-22T01:29:26","slug":"limpahan-air-sungai-pegalan-sebabkan-banjir-di-tenom","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/limpahan-air-sungai-pegalan-sebabkan-banjir-di-tenom\/","title":{"rendered":"Limpahan air Sungai Pegalan sebabkan banjir di Tenom"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>TENOM, 21 Mac (Bernama) &#8212; Empat mangsa sekeluarga dari Kampung Kalangkanar di sini dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air berikutan limpahan air daripada Sungai Pegalan.<\/p>\n<p>Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom Zainal Sinsian berkata mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Kebudayaan Kampung Kalangkanar di sini.<\/p>\n<p>&#8220;Kami terima panggilan daripada mangsa 3.56 petang tadi dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi memindahkan mangsa.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Limpahan air Sungai Pegalan disebabkan hujan daripada hulu sungai sehingga menyebabkan banjir di kawasan tersebut,&#8221; katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata rumah mangsa dinaiki air disebabkan ia dibina berhampiran dengan sungai berkenaan dan mangsa memohon untuk dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Kita turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam dan polis dan kini pemantauan sedang dijalankan,&#8221; katanya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Zainal juga berkata 17 lagi mangsa yang terdiri daripada 14 lelaki dan\u00a0tiga perempuan dipindahkan ke\u00a0Rumah Kebudayaan Kampung Kalangkanar di sini malam ini.<\/p>\n<p>\u201cPasukan bomba bersama agensi APM dan polis menjalankan operasi pemindahan mangsa\u00a0manakala pemantauan berterusan di kawasan terlibat akan terus dijalankan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Di BEAUFORT, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat\u00a0Beaufort Hasbullah Nenggok berkata pihaknya memindahkan penduduk Kampung\u00a0Suasa\u00a0setelah kawasan itu dilanda banjir pada lewat petang akibat hujan berterusan.<\/p>\n<p>\u201cOperasi pemindahan mangsa sedang dijalankan dan jumlah mangsa belum diperoleh. Terdapat satu\u00a0PPS telah dibuka setakat ini iaitu PPS Dewan Datuk Mohd Dun Banir,\u201d katanya ketika dihubungi pemberita malam ini.<\/p>\n<p>Jabatan Meteorologi Malaysia pula mengeluarkan amaran ribut petir\u00a0hingga 1 pagi esok di beberapa kawasan pantai barat Sabah iaitu Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau serta di pantai timur negeri itu di\u00a0Tongod.<\/p>\n<p>\u201cAmaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter\/jam yang hampir atau\u00a0dijangka berlaku melebihi sejam.\u00a0Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TENOM, 21 Mac (Bernama) &#8212; Empat mangsa sekeluarga dari Kampung Kalangkanar di sini dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air berikutan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":9063,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-9062","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9062","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9062"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9062\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9064,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9062\/revisions\/9064"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9063"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9062"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9062"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9062"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}