{"id":9095,"date":"2022-03-22T23:31:11","date_gmt":"2022-03-22T23:31:11","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=9095"},"modified":"2022-03-22T23:31:11","modified_gmt":"2022-03-22T23:31:11","slug":"kerajaan-sabah-cari-mekanisme-terbaik-bantu-mangsa-kebakaran-secara-berkesan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-sabah-cari-mekanisme-terbaik-bantu-mangsa-kebakaran-secara-berkesan\/","title":{"rendered":"Kerajaan Sabah cari mekanisme terbaik bantu mangsa kebakaran secara berkesan"},"content":{"rendered":"<p>TAWAU: Kerajaan Sabah akan mencari mekanisme\u00a0terbaik bagi memastikan mangsa\u00a0kebakaran\u00a0di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini pada Khamis lepas, mendapat bantuan secara lebih berkesan\u00a0terutama\u00a0dari\u00a0segi tempat tinggal dengan penyediaan kawasan baharu untuk mendirikan rumah.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor, bagi membolehkan mangsa kebakaran membina hidup baharu bersama keluarga mereka\u00a0secepat mungkin.<\/p>\n<p>\u201cKebakaran (di Kampung Kurnia Jaya) baru-baru ini cukup besar, saya melihat sudah tiba masa kerajaan negeri mencari hala tuju baharu bagi memastikan mangsa yang ditimpa musibah ini mempunyai\u00a0tempat untuk mereka berteduh.<\/p>\n<p>Selain itu,\u00a0saya akan bawa isu mendesak\u00a0pembinaan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), termasuk keperluan membina\u00a0semula rumah di tapak kebakaran dalam mesyuarat kabinet akan datang, kerana pembinaan PPR ini juga memerlukan tanah,\u201d katanya kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya,\u00a0di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu dalam ucapannya Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, melahirkan rasa sedih dan simpati dengan tragedi kebakaran\u00a0yang memusnahkan ratusan rumah di\u00a0kawasan penempatan atas air itu,\u00a0pada Khamis lepas.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, katanya UMNO Sabah telah menyalurkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM500, kepada setiap 670 keluarga mangsa yang terjejas.<\/p>\n<p>\u201cBantuan ini diharap dapat\u00a0meringankan beban mangsa kebakaran tersebut, dan\u00a0akan diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Majlis Perbandaran Tawau.<\/p>\n<p>\u201cSaya difahamkan jumlah keluarga terjejas dijangka\u00a0meningkat, kerana proses pendaftaran mangsa masih dijalankan.\u00a0Pihak Baitulmal juga akan datang memberi bantuan kepada mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, mangsa kebakaran Malina Abdul Hali, 37, bersyukur dengan bantuan kewangan yang diberikan UMNO Sabah, dan berharap kerajaan dapat menyediakan bantuan PPR demi kelangsungan hidupnya sekeluarga.<\/p>\n<p>\u201cSekarang ini saya masih tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS), tetapi selepas ini terpaksa juga mencari rumah sewa. Saya berharap ada bantuan rumah kerana tidak mampu untuk bina semula, memandangkan suami cuma\u00a0bekerja di kilang kaca dengan gaji RM1,000 sebulan,\u201d katanya ketika ditemui Bernama.<\/p>\n<p>Nasir Misil, 58, yang juga seorang imam masjid di Kampung Kurnia Jaya, pula berharap kerajaan membenarkan pembinaan semula rumah\u00a0di tapak kebakaran tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya sudah 31 tahun\u00a0tinggal di sana\u00a0dan apabila rumah\u00a0musnah terbakar terpaksa berlindung di PPS Dewan Sri Balung\u00a0di sini, saya tidak tahu mahu tinggal di mana lagi selepas ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Kerajaan Sabah akan mencari mekanisme\u00a0terbaik bagi memastikan mangsa\u00a0kebakaran\u00a0di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini pada Khamis lepas, mendapat&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":7768,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-9095","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9095","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9095"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9095\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9096,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9095\/revisions\/9096"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7768"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9095"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9095"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9095"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}