{"id":9123,"date":"2022-03-24T00:59:35","date_gmt":"2022-03-24T00:59:35","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=9123"},"modified":"2022-03-24T00:59:35","modified_gmt":"2022-03-24T00:59:35","slug":"59-peratus-bekalan-air-sabah-tidak-berhasil-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/59-peratus-bekalan-air-sabah-tidak-berhasil-bung-moktar\/","title":{"rendered":"59 peratus bekalan air Sabah tidak berhasil &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sebanyak 59 peratus daripada bekalan air di Sabah\u00a0adalah air tidak berhasil (NRW), yang merugikan kerajaan\u00a0dan rakyat negeri ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata NRW yang agak tinggi itu\u00a0berlaku, kerana beberapa faktor termasuk sistem paip lama, sistem paip tidak dinaik taraf, kecurian bekalan air dan perjanjian bekalan air yang berat sebelah.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata kerajaan negeri\u00a0masa ini, mewarisi perjanjian bekalan air yang tidak adil untuk kerajaan serta rakyat, malah terpaksa membayar pampasan sekiranya mahu membatalkan perjanjian itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mahu namakan kerajaan mana sebelum ini buat perjanjian air itu, tetapi mana boleh rakyat kita hidup dalam keadaan begini, kita duduk sini jadi pemimpin kalau tidak mampu bantu rakyat, baik berhenti dan undur.<\/p>\n<p>\u201cHanya 41\u00a0peratus bekalan air bagi hasil susah juga, apapun kita cuba cari penyelesaian terbaik\u00a0supaya dapat beri bekalan air berkualiti\u00a0untuk rakyat,\u201d katanya\u00a0ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bagi kementeriannya di sini, malam ini.<\/p>\n<p>Bung Moktar berkata 22 loji rawatan\u00a0air (LRA) di negeri ini tidak dapat berfungsi dengan baik, kerana sungai tidak dapat memberikan bekalan air secara konsisten serta\u00a0tercemar, menyebabkan bekalan air untuk rakyat terjejas.<\/p>\n<p>Menurutnya antara kawasan terjejas ialah Kota Kinabalu yang pada masa ini mengalami\u00a0masalah bekalan air yang kritikal, iaitu kekurangan\u00a034 juta liter sehari berbanding dengan permintaan semasa.<\/p>\n<p>Justeru, beliau berkata bagi mengatasi masalah itu beberapa langkah telah diambil, seperti\u00a0pembinaan <em>Urgent Water Supply Scheme<\/em> (UWSS) di LRA\u00a0Telibong II,\u00a0Tamparuli berkapasiti 10 juta liter sehari yang dijadual siap Ogos tahun ini.<\/p>\n<p>Selain itu, katanya menambah kapasiti LRA\u00a0tersebut daripada 80 juta liter sehari ke 160 juta liter sehari, dijangka siap akhir tahun ini, dan program pembaikan peralatan Sistem Pengurusan NRW yang akan dilaksanakan selama tiga tahun, bagi memantau lokasi kehilangan air yang tinggi di lapangan.<\/p>\n<p>Bung Moktar berkata bagi mengatasi masalah bekalan air dan dua lagi masalah kemudahan asas iaitu\u00a0elektrik dan jalan raya, rakyat serta semua pihak di negeri ini\u00a0perlu berfikiran terbuka dengan membuka ruang serta peluang kepada pihak luar melabur dalam penswastaan kemudahan, berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cBekalan air sahaja perlu RM5 billion hingga RM7 billion untuk penyelesaian jangka pendek, dan kerajaan negeri tidak mampu, jadi kita kena berunding cara lain iaitu\u00a0cari\u00a0pelabur luar untuk perniagaan air di Sabah dan tidak terlalu dengan semangat \u2018Sabahan\u2019 sahaja.<\/p>\n<p>\u201cSemangat Sabahan konon-kononnya tetapi Sabah masih mundur, jika kita cintakan Sabah kita tidak mahu bekalan air, elektrik, jalan yang teruk dan membiarkan Sabah mundur,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sebanyak 59 peratus daripada bekalan air di Sabah\u00a0adalah air tidak berhasil (NRW), yang merugikan kerajaan\u00a0dan rakyat negeri ini,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":4336,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-9123","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9123","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9123"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9123\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9124,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9123\/revisions\/9124"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4336"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9123"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9123"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9123"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}