{"id":9197,"date":"2022-03-26T23:58:49","date_gmt":"2022-03-26T23:58:49","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=9197"},"modified":"2022-03-26T23:58:49","modified_gmt":"2022-03-26T23:58:49","slug":"masyarakat-diajak-sertai-program-duta-komuniti-menkomm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/masyarakat-diajak-sertai-program-duta-komuniti-menkomm\/","title":{"rendered":"Masyarakat diajak sertai Program Duta Komuniti- MenKOMM"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>SANDAKAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa hari ini mengajak semua peringkat masyarakat\u00a0termasuk di luar bandar, untuk menyertai Program Duta Komuniti.<\/p>\n<p>Beliau berkata program yang dilancarkan\u00a0Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam itu, bagi memastikan pematuhan\u00a0prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dalam kalangan masyarakat, ketika peralihan negara ke fasa endemik bermula 1 April ini.<\/p>\n<p>Katanya kesedaran rakyat untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan, memantapkan lagi usaha kerajaan ke arah menjayakan peralihan ke fasa tersebut.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<div class=\"mx-auto m-3\">\n<div id=\"jssor_1576070137199\" data-jssor-slider=\"1\">\n<div>\n<div data-scale-ratio=\"1\">\n<div data-u=\"slides\">\n<div><\/div>\n<\/div>\n<div data-u=\"slides\">\n<div><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p>\u201cIni kerana apabila kita membuka sempadan negara, pelancong mula keluar masuk, kegiatan peniaga akan bermula berniaga balik, padang bola buka, rumah ibadat semua buka, tidak mungkin kerajaan boleh membuat kawalan melalui institusi yang biasa, sama ada pegawai kesihatan, polis atau Rela, dan sebagainya.<\/p>\n<p>\u201cJadi, kita berharap ada satu kesedaran dalam kalangan komuniti, untuk mewujudkan duta-duta komuniti dalam kawasan masing-masing,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Santai YB MenKOMM\u00a0di Taman Harmoni di sini hari ini.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Annuar berkata Jabatan Penerangan di semua daerah akan menjadi penyelaras dan menyegerakan proses pelantikan Duta Komuniti, sehubungan itu\u00a0masyarakat boleh merujuk kepada Pejabat Penerangan di daerah masing-masing untuk mengetahui lanjut mengenai program tersebut.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata untuk\u00a0pusingan pertama, seramai 20,000 duta komuniti di seluruh negara akan dilantik serta boleh mencecah 100,000 apabila ada keperluan, dan\u00a0duta berkenaan akan disediakan pakaian pengenalan diri serta surat watikah pelantikan.<\/p>\n<p>Sementara itu, katanya\u00a0sekurang-kurangnya satu Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) perlu diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), dan wakil rakyat di kawasan lebih besar boleh memohon tambahan PEDi di kawasan masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cKetika ini 173 kawasan DUN di seluruh yang masih belum mempunyai PEDi, tidak kira sama ada wakil rakyat kawasan\u00a0DUN pembangkang atau tidak, PEDi digerakkan untuk rakyat,\u201d kata Annuar yang turut mengumumkan PEDi akan dibuka di DUN Elopura\u00a0diwakili pembangkang.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>Dalam pada itu, Annuar berkata\u00a0fasa pertama pembangunan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Sabah dijangka siap akhir tahun ini melibatkan kos\u00a0RM2.13 bilion.<\/p>\n<p>Beliau berkata projek itu melibatkan pembinaan menara baharu dan menaik taraf stesen pemancar, serta menyambung rumah dan premis perniagaan dengan\u00a0saluran kabel gentian optik dan pembangunan teknologi satelit jalur lebar di kawasan pedalaman.<\/p>\n<p>\u201cProjek (Jendela)\u00a0 yang masih dalam pelaksanaan pula melibatkan kos RM1.64 bilion,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Annuar turut memberitahu kementeriannya bersama Kementerian Pengajian Tinggi dijangka akan memulakan fasa pertama daripada tiga fasa\u00a0dalam pengagihan 350,000 peranti kepada pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta, seawal akhir Mei ini.<\/p>\n<p>Katanya\u00a0permohonan mendapatkan peranti itu sedang berjalan sebagai mengurangkan beban ibu bapa membeli peranti untuk anak mereka mengikuti pengajian, selain memudahkan pelajar menempuh tempoh pengajian.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p class=\"text-secondary\">\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa hari ini mengajak semua peringkat masyarakat\u00a0termasuk di luar bandar, untuk&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":9198,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-9197","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9197","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9197"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9197\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9199,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9197\/revisions\/9199"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9198"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9197"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9197"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9197"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}