{"id":9222,"date":"2022-03-29T07:26:36","date_gmt":"2022-03-29T07:26:36","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=9222"},"modified":"2022-03-29T07:27:50","modified_gmt":"2022-03-29T07:27:50","slug":"pemimpin-di-peringkat-kampung-jangan-bersekongkol-dengan-pengedar-dadah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pemimpin-di-peringkat-kampung-jangan-bersekongkol-dengan-pengedar-dadah\/","title":{"rendered":"Pemimpin di peringkat kampung jangan bersekongkol dengan pengedar dadah"},"content":{"rendered":"<p>TONGOD: Pemimpin di peringkat kampung diingatkan supaya tidak bersekongkol dengan pengedar dadah dari luar yang masuk ke kampung untuk mengedar dadah.<\/p>\n<p>Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut Datuk Masiung Banah berkata terdapat khabar angin, bahawa ada pemimpin-pemimpin kampung yang sengaja membiarkan kehadiran pengedar dadah di kampung mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Yang lebih memburukkan keadaan, ada pemimpin kampung sanggup menyewakan rumah di kawasan kampung sendiri untuk kegiatan mengedar dadah.<\/p>\n<p>&#8220;Walaupun perkara ini hanya khabar-khabar angin, tapi saya tegaskan disini, jika ini benar-benar berlaku, tidak kira apa jawatan kamu, siapa pun kamu, sila letak jawatan kerana anda bukan contoh pemimpin yang baik kepada masyarakat &#8221; tegas Masiung.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian di program Integrasi Sosial Rumah Komuniti Tongod, Anjuran Agensi Aanti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan anjuran sama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Tongod di sini, kelmarin.<\/p>\n<p>Justeru, Masiung meminta AADK Tongod melakukan pemeriksaan rambang kepada pemimpin-pemimpin kampung untuk memastikan mereka tidak terlibat langsung dengan penyalahgunaan dadah.<\/p>\n<p>Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berkata walaupun gejala dadah ini bukanlah satu perkara yang baru, daerah Tongod juga tidak terkecuali dengan gejala itu.<\/p>\n<p>Namun, beliau yakin kegiatan itu masih dapat ditangani melalui kerjasama masyarakat setempat terutama pemimpin kampung.<\/p>\n<p>&#8220;Ini boleh dilakukan dengan penduduk kampung sama-sama memainkan peranan kalau menyedari kehadiran mereka ini (pengedar syabu) di kampung masing-masing perlu segera melaporkan kepada Ketua Kampung atau terus laporkan kepada pihak polis, &#8221; katanya.<\/p>\n<p>Mengenai program pencegahan dadah di daerah Tongod, Masiung berkata beliau komited dengan usaha itu antaranya menambah peruntukan tahunan RM10,000 kepada PEMADAM Tongod untuk digunakan pelaksanaan program kesedaran masyarakat berkaitan dadah.<\/p>\n<p>Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tongod Cleophas John Gordan merangkap Pengerusi PEMADAM Tongod dan Timbalan Pengarah Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK Sabah Albert Tian.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TONGOD: Pemimpin di peringkat kampung diingatkan supaya tidak bersekongkol dengan pengedar dadah dari luar yang masuk ke kampung untuk mengedar&#8230;<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":6044,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-9222","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9222","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9222"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9222\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9223,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9222\/revisions\/9223"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6044"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9222"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9222"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9222"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}