{"id":9415,"date":"2022-04-08T00:35:32","date_gmt":"2022-04-08T00:35:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=9415"},"modified":"2022-04-08T00:35:32","modified_gmt":"2022-04-08T00:35:32","slug":"keperluan-perakuan-sirim-terhadap-pelitup-muka-bukan-perubatan-ditunda-ke-1-jan-2023","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/keperluan-perakuan-sirim-terhadap-pelitup-muka-bukan-perubatan-ditunda-ke-1-jan-2023\/","title":{"rendered":"Keperluan perakuan SIRIM terhadap pelitup muka bukan perubatan ditunda ke 1 Jan 2023"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang mengkehendaki pengilang dan pengimportnya\u00a0membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM ditangguhkan ke 1 Jan 2023.<\/p>\n<p>Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata penangguhan itu bukan kerana kerajaan membuat pusingan U \u00a0tetapi sensitif dan prihatin terhadap keresahan rakyat sekiranya ia mengakibatkan kenaikan harga.<\/p>\n<p>&#8220;Penangguhan itu memberi ruang kepada industri dan rakyat membuat penyesuaian,&#8221; katanya kepada media selepas hadir majlis amanat bersama pihak industri sempena pewartaan dan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan dan Peranti Rokok Elektronik 2022, di sini hari ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan Selasa lepas\u00a0memaklumkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 diwartakan pada 5 April.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan KPDNHEP itu, perintah itu berkuat kuasa pada 4 Julai\u00a0depan dengan\u00a0pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Penandaan MS SIRIM perlu diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna dan penandaan MS SIRIM itu menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Nanta memberi jaminan kepada pengguna bahawa harga pelitup muka bukan perubatan tidak akan dinaikkan kerana jaminan itu telah diberikan pihak industri,\u00a0selain amaran juga diberikan kepada pihak industri supaya tidak menggunakan pewartaan berkenaan\u00a0sebagai alasan untuk menaikkan harga<\/p>\n<p>Beliau berkata perbincangan dengan SIRIM QAS International pula agar caj kepada pemohon adalah rendah.<\/p>\n<p>&#8220;Saya yakin pengilang dan pengimport tidak akan naik harga walaupun perlu membayar caj mendapatkan perakuan penandaan MS SIRIM. Saya berpandangan pengenaan caj yang munasabah oleh SIRIM \u00a0terhadap pengilang dan pengimport akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak,&#8221; katanya.<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang mengkehendaki pengilang dan pengimportnya\u00a0membuat permohonan perakuan serta&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":9416,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-9415","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9415","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9415"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9415\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9417,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9415\/revisions\/9417"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9416"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9415"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9415"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9415"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}