{"id":9431,"date":"2022-04-09T01:53:41","date_gmt":"2022-04-09T01:53:41","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=9431"},"modified":"2022-04-09T01:53:41","modified_gmt":"2022-04-09T01:53:41","slug":"draf-ruu-antilompat-parti-perlu-dikongsi-dengan-rakyat-wan-saiful","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/draf-ruu-antilompat-parti-perlu-dikongsi-dengan-rakyat-wan-saiful\/","title":{"rendered":"Draf RUU Antilompat Parti perlu dikongsi dengan rakyat &#8211; Wan Saiful"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>JITRA: Kerajaan disaran berkongsi draf akhir Rang Undang-Undang\u00a0Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung antilompat parti dengan rakyat sebelum ia dibentangkan di Parlimen.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata langkah itu bagi memastikan semua pihak termasuk\u00a0pertubuhan\u00a0bukan kerajaan (NGO) dan pakar akademik dapat memberikan pandangan untuk menambah baik rang undang-undang tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Pandangan saya ialah draf akhir perlu dikongsikan dengan semua pihak untuk memberi pandangan. Sekarang ini kita semua bersetuju dengan rang undang-undang\u00a0itu tanpa melihat kepada draf akhirnya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Kita ada pakar daripada NGO, kita ada pakar daripada akademik, semua orang boleh\u00a0diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan yang ada,&#8221; katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bakul makanan sempena Ramadan di Kampung Binjal\u00a0dekat sini hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata banyak perkara atau klausa di dalam draf rang undang-undang\u00a0itu perlu ditakrifkan secara jelas dan diolah demi kebaikan rakyat dan negara.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Wan Saiful berkata semua pihak perlu diberi peluang untuk menyatakan pandangan dan bukan hanya melibatkan pemimpin politik.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Jadi bagi kita, draf rang undang-undang\u00a0itu perlu disiapkan segera tetapi perlulah dalam keadaan terbaik untuk memastikan tidak ada pihak yang boleh mengambil peluang apabila ia diluluskan nanti,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Mengulas pendirian Bersatu mengenai rang undang-undang\u00a0itu, beliau berkata parti tersebut komited untuk memastikan reformasi institusi berjalan dengan lancar dan draf terbaik dapat dihasilkan demi manfaat rakyat serta negara.<\/p>\n<p>&#8220;Setakat ini, kita tidak pernah katakan bahawa kita tolak akta ini, kita sertai perbincangan dan bagi pandangan.<\/p>\n<p>\u201cItu tandanya kita menyokong, cumanya ada perkara di dalam draf itu yang kita tidak setuju\u00a0tetapi bukan kita tidak setuju akta itu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JITRA: Kerajaan disaran berkongsi draf akhir Rang Undang-Undang\u00a0Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung antilompat parti dengan rakyat sebelum ia dibentangkan di Parlimen&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":9432,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-9431","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9431","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9431"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9431\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9433,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9431\/revisions\/9433"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9432"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9431"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9431"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9431"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}