{"id":9540,"date":"2022-04-15T09:28:19","date_gmt":"2022-04-15T09:28:19","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=9540"},"modified":"2022-04-15T09:28:19","modified_gmt":"2022-04-15T09:28:19","slug":"kenaikan-harga-tiket-penerbangan-segera-disiasat-mot","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kenaikan-harga-tiket-penerbangan-segera-disiasat-mot\/","title":{"rendered":"Kenaikan harga tiket penerbangan segera disiasat &#8211; MOT"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan\u00a0(MOT) telah meminta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat-syarikat penerbangan segera menjalankan siasatan secara terperinci\u00a0dan menyeluruh mengenai isu kenaikan harga tambang penerbangan pada musim perayaan.<\/p>\n<p>Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata beliau memaklumkan\u00a0perkara itu semasa mempengerusikan\u00a0mesyuarat khas semalam, melibatkan\u00a0MAVCOM, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat penerbangan domestik bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani masalah dan keluhan rakyat.<\/p>\n<p>Keluhan itu berhubung\u00a0kenaikan harga tambang penerbangan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena Hari Raya Aidilfitri.<\/p>\n<p>Beliau berkata CAAM telah\u00a0meluluskan pelanjutan waktu pengoperasian perkhidmatan kawalan trafik udara di lapangan terbang yang diperlukan dan membantu syarikat penerbangan dalam perancangan penambahan kapasiti terutama\u00a0menjelang musim perayaan.<\/p>\n<p>\u201cMOT komited dan akan berusaha sedaya upaya untuk menurunkan tambang penerbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat. MOT\u00a0melalui MAVCOM akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai\u00a0hasil perbincangan dengan syarikat penerbangan dalam tempoh terdekat,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Wee, berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh MAVCOM, harga tambang penerbangan pada 30 April ini\u00a0(tarikh perjalanan puncak bagi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri) telah meningkat berbanding purata harga tambang penerbangan pada 2019.<\/p>\n<p>\u201cPeningkatan ini adalah disebabkan oleh peningkatan kos operasi terutama\u00a0kenaikan harga bahan api jet\u00a0serta sumber terhad bagi syarikat penerbangan meningkatkan kapasiti sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cMekanisme penetapan harga dinamik juga menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam proses menentukan harga tambang, bukan secara manual untuk menaikkan harga seperti yang didakwa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan syarikat penerbangan juga menghadapi masalah untuk menambah kapasiti penerbangan dengan segera akibat pandemik COVID-19.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>Katanya pesawat-pesawat penerbangan perlu melalui proses penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) sebelum pesawat diluluskan bagi tujuan perkhidmatan dengan selamat.<\/p>\n<p>Wee berkata bagi bulan ini, kekerapan\u00a0penerbangan ke Sabah dan Sarawak masih rendah iaitu hanya pada tahap 68 peratus berbanding 2019.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan\u00a0(MOT) telah meminta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat-syarikat penerbangan segera menjalankan siasatan secara terperinci\u00a0dan menyeluruh mengenai&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":9528,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-9540","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9540","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9540"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9540\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9541,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9540\/revisions\/9541"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9528"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9540"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9540"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9540"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}