{"id":9542,"date":"2022-04-15T21:17:30","date_gmt":"2022-04-15T21:17:30","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=9542"},"modified":"2022-04-15T21:17:30","modified_gmt":"2022-04-15T21:17:30","slug":"pemberian-khas-rm125-juta-kepada-sabah-terlalu-kecil-jeffrey","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pemberian-khas-rm125-juta-kepada-sabah-terlalu-kecil-jeffrey\/","title":{"rendered":"Pemberian khas RM125 juta kepada Sabah terlalu kecil &#8211; Jeffrey"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU: Sabah berhak mendapat lebih daripada pemberian khas RM125.6 juta yang dibayar kerajaan persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Protem Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Walaupun bersetuju dengan jumlah baharu yang disifatkan peningkatan signifikan berbanding peruntukan terdahulu sebanyak RM26.7 juta, Kitingan bagaimanapun berkata, jumlah yang diterima Sabah itu masih terlalu kecil.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, jumlah pemberian baharu itu tidak sepatutnya dianggap gantian kepada pemberian khas kepada Sabah mengikut Perlembagaan, yang sepatutnya berjumlah 40% daripada hasil dikutip kerajaan persekutuan di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni hak kami di bawah Perlembagaan Persekutuan,\u201d kata timbalan ketua menteri itu dalam kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, pemberian khas terbaharu itu, empat kali ganda lebih tinggi daripada bayaran RM26.7 juta, \u201ctidak patut menjejaskan usaha kita menuntut hak yang termaktub dalam Perlembagaan\u201d.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Putrajaya akan meningkatkan pemberian tahunan untuk Sabah kepada RM125.6 juta tahun ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, jumlah itu akan meningkat setiap tahun, mulai 2023 hingga 2026, mengikut kadar yang dipersetujui Putrajaya dan kerajaan Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, keputusan itu dibuat selepas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mencapai konsensus berhubung semakan pemberian khas kepada Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kitingan berkata, pemberian khas sebanyak RM26.7 juta itu tidak berubah selama 49 tahun, susulan kegagalan melakukan semakan seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jika semakan dilakukan setiap lima tahun, katanya, Sabah boleh mendapat hampir RM900 juta sekarang, jika kenaikan tahunan sebanyak 7.5% yang diterima pakai dalam semakan pertama dilaksanakan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor yang juga pengerusi protem GRS, berkata kerajaan negeri tidak akan menghentikan usahanya untuk mendapatkan semula 40% hasil Sabah yang dikutip Putrajaya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah berhak mendapat lebih daripada pemberian khas RM125.6 juta yang dibayar kerajaan persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Protem Gabungan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":1219,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-9542","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9542","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9542"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9542\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9543,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9542\/revisions\/9543"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1219"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9542"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9542"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9542"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}