{"id":9882,"date":"2022-05-09T03:09:08","date_gmt":"2022-05-09T03:09:08","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=9882"},"modified":"2022-05-09T03:09:08","modified_gmt":"2022-05-09T03:09:08","slug":"helikopter-sewa-khas-bawa-guru-di-nabawan-kembali-ke-sekolah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/helikopter-sewa-khas-bawa-guru-di-nabawan-kembali-ke-sekolah\/","title":{"rendered":"Helikopter sewa khas bawa guru di Nabawan kembali ke sekolah"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>NABAWAN: Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup hari ini menyediakan dua\u00a0helikopter sewa khas untuk menghantar guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Talaan dan sekitar mukim Talaan di sini untuk kembali ke sekolah masing-masing.<\/p>\n<p>Arthur berkata helikopter itu disediakan pihaknya\u00a0bagi memudahkan lapan\u00a0guru balik ke kawasan tersebut bagi memulakan sesi persekolahan esok tanpa melalui jalan darat dan sungai yang terputus akibat bencana banjir luar biasa yang melanda kawasan tersebut baru-baru ini.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen\u00a0Pensiangan itu berkata perjalanan ke kawasan itu biasanya mengambil masa tiga\u00a0hingga enam\u00a0jam bergantung kepada keadaan cuaca.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cNamun begitu, banjir yang luar biasa baru-baru ini telah menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti jalan penghubung serta jambatan kereta dan mengakibatkan para guru terpaksa berjalan kaki hingga 18 jam untuk sampai ke kawasan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga telah arahkan juruterbang helikopter untuk tidak balik dengan helikopter kosong. Saya minta bawa beberapa\u00a0pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan di Keningau. Setelah pesakit sampai di Keningau pegawai saya menunggu untuk bawa ke Hospital Keningau,\u201d katanya menerusi kenyataan hari ini.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Nabawan merupakan sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah berkeluasan 6,089 kilometer persegi terletak sejauh 17 kilometer selatan dari Kota Kinabalu.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Sementara itu, Arthur berkata jambatan gantung SK\u00a0Nangkawangan dan SK Layon di sini\u00a0yang rosak akibat banjir baru-baru ini\u00a0telah mula dibina semula sejak beberapa hari lepas walaupun pegawai dan pekerja menghadapi kekangan cuti perayaan.<\/p>\n<p>\u201cDijangka kerja-kerja pembaikan yang lain akan menyusul lagi dalam masa terdekat.\u00a0Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan batasan tapi kita akan usahakan sebaiknya untuk segerakan segala kerja pembaikan yang diperlukan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan Persekutuan sebelum ini dilaporkan akan\u00a0memberikan peruntukan kecemasan kepada beberapa kampung di Nabawan yang terjejas teruk akibat banjir pada Mac lepas\u00a0melibatkan peruntukan untuk pembinaan jambatan dan penyelenggaraan jalan raya yang terjejas akibat bencana tersebut.<\/p>\n<p>Tular di media sosial baru-baru ini video beberapa kanak-kanak memakai pakaian seragam sekolah menggunakan rakit dan &#8216;zip line&#8217; untuk menyeberangi sungai di Nabawan akibat jambatan gantung merentang sungai, yang menjadi laluan utama penduduk kampung, hanyut akibat arus sungai yang deras dalam kejadian banjir itu.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NABAWAN: Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup hari ini menyediakan dua\u00a0helikopter sewa khas untuk menghantar guru di Sekolah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":9883,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-9882","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9882","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9882"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9882\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9884,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9882\/revisions\/9884"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9883"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9882"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9882"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9882"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}