Guna cermin pantul cahaya ke CCTV, dua lelaki ditahan

MEMBAKUT: Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes khianat terhadap sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah di Kampung Lumantak, di sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Supt Champin Piuh berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai menggunakan sekeping cermin untuk memantulkan cahaya matahari ke arah kamera berkenaan hingga menyebabkan rakaman menjadi silau, kabur dan sensor pergerakan terganggu.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian berkaitan privasi serta perselisihan keluarga berhubung harta pusaka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Champin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dalam menyelesaikan sebarang pertikaian, sebaliknya menggunakan saluran undang-undang yang betul bagi mengelakkan perselisihan kecil berakhir dengan tindakan jenayah.

Berita Berkaitan