Hujan berterusan jejas kerja pembaikan landasan KKIA

KOTA KINABALU: Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penting diselesaikan dengan selamat susulan hujan berterusan yang menjejaskan kemajuan pembaikan.

Malaysia Airports dalam kenyataan memaklumkan, penutupan sementara landasan itu menjejaskan 20 penerbangan hari ini.

“Penutupan sementara itu menjejaskan 20 penerbangan hari ini. Kami bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan bagi menguruskan kesan operasi dan membantu penumpang yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

Malaysia Airports berkata, keselamatan kekal menjadi keutamaan dan operasi penerbangan hanya akan disambung semula selepas landasan berkenaan disahkan selamat untuk digunakan.

Sehubungan itu, penumpang dinasihatkan menyemak status penerbangan terkini secara terus dengan syarikat penerbangan masing-masing.

Berita Berkaitan