KDM tarik sokongan GRS, akui rundingan dengan Warisan dan STAR

PAPAR: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menarik sokongannya terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), ketika perbincangan mengenai kemungkinan kerjasama dengan Warisan dan STAR sedang berlangsung.

Pemangku Presiden KDM, Priscella Peter berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hala tuju parti dan bagi memberikan gambaran jelas kepada rakyat serta akar umbi mengenai pendirian mereka. 

Menurut Priscella, keputusan berkenaan bukan sesuatu yang mudah tetapi perlu dibuat lebih awal dan bukannya menunggu sehingga pilihan raya.

Menurut Laporan Sinar Harian KDM mengakui sedang berbincang dengan Warisan dan STAR mengenai kemungkinan kerjasama bagi menghadapi PRU16.

Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, pada 9 Ogos lalu turut mengesahkan perbincangan dengan kedua-dua parti berkenaan sedang diperhalusi sebagai sebahagian persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang. 

KDM sebelum ini memberikan sokongan kepada pentadbiran GRS pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor selepas PRN Sabah 2025.

Perkembangan terbaru itu meletakkan perhatian terhadap kemungkinan perubahan jajaran politik Sabah sekiranya Warisan, STAR dan KDM mencapai persetujuan untuk bekerjasama pada PRU16.

Berita Berkaitan