Ketua Bahagian PGRS Lamag nafi keluar parti
Ketua Bahagian PGRS Lamag nafi keluar parti
KINABATANGAN β Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Lamag, Abu Bakar Gapar menafikan dakwaan bahawa beliau telah keluar parti dan menyertai Parti Warisan (WARISAN).
Abu Bakar berkata, penafian itu dibuat susulan penyebaran poster di media sosial hari ini yang memaparkan wajahnya seolah-olah beliau meninggalkan PGRS.
Menurutnya, kekeliruan timbul apabila poster berkenaan menggunakan gambarnya sedangkan individu yang dimaksudkan ialah mantan Bendahari PGRS Bahagian Lamag.
βHari ini saya lihat ada beberapa kumpulan di media sosial memuat naik gambar saya bersama ucapan daripada mantan Bendahari PGRS Lamag.
βIngin saya jelaskan, yang keluar parti ialah beliau (mantan bendahari), bukannya saya. Jangan risau, saya masih Ketua Bahagian PGRS Lamag dan insya-Allah akan terus pikul tanggungjawab ini sehingga PRN akan datang,β katanya dalam kenyataan, hari ini.
Abu Bakar menegaskan, isu tersebut sengaja digembar-gemburkan pihak tertentu untuk menggambarkan kononnya PGRS Bahagian Lamag sedang bergolak.
βSaya percaya, rakyat akan menilai prestasi kita di bawah kepimpinan Pengerusi GRS merangkap Presiden PGRS, Datuk Seri Hajiji Noor.
βJangan mudah terhasut dengan dakyah pembangkang. Mereka sudah diberi peluang mentadbir negeri, dan terbukti rakyat menolak mereka,β katanya.
Beliau menambah, PGRS bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal kukuh dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

