Pejabat Perdana Menteri nafi Muhyiddin dijangka menghadap Agong petang ini
KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana MenteriĀ menafikan kenyataan disiarkan beberapa portal berita yang mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riāayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.
Sebuah portal berita mendakwa Muhyiddin bakal menghadapĀ Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara susulan kemelut kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sebuah lagi portal berita mendakwa Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau sebagai Perdana Menteri.
– BERNAMA

