Pelepasan 3,655 hektar tanah bukti kerajaan hormati MA63, kata Mustapha

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menyifatkan keputusan Kerajaan Persekutuan melepaskan hak ke atas 3,655.60 hektar tanah di Sarawak sebagai bukti komitmen kerajaan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut beliau, pelepasan itu melibatkan tapak Rajang Area Security Command (RASCOM) di Sibu yang merangkumi kawasan Nanga Tada, Nanga Jagau, Nanga Ngungun dan Nanga Sekuau.

Katanya, Kerajaan Negeri Sarawak akan membuat pembayaran balik sebanyak RM9.99 juta bagi kos pengambilan tanah dan cukai tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Mustapha berkata keputusan berkenaan melengkapkan pelaksanaan beberapa keputusan MTPMA63, termasuk penyerahan semula tanah Persekutuan yang tidak dibangunkan kepada Kerajaan Sarawak.

Beliau turut berkata pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menyelesaikan beberapa isu tertangguh berkaitan MA63 secara berperingkat.

Berita Berkaitan