Perintah Berkurung dilanjutkan bermula hari ini sehingga 5 Januari depan

KOTA KINABALU: Perintah berkurung kali ke-201Ā akan dilanjutkan selama dua minggu sehingga 5 Januari depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, ini selaras mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967 sekali gus mengingatkan agar penduduk diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Katanya, keperluan untuk meneruskan perintah berkurung ini adalah bagi memastikan kawasan perairan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing di pulau-pulau peranginan.

ā€œHasil maklumat risikan mendedahkan kumpulan militan Abu Sayyaf dan pihak yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan (KFR) dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan,ā€ katanya dalam kenyataan media hari ini.

Idris berkata, pelanjutan ini juga bertujuan untuk menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan mereka yang berada di bahagian daratan kawasan ESSZONE.

ā€œDengan pelaksanaan perintah ini juga akan mampu memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak,ā€ katanya.

Pelaksanaan perintah berkurung meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Berita Berkaitan