PKR tidak tetapkan had masa cuti Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Kepimpinan PKR tidak menetapkan sebarang tempoh atau tarikh akhir bagi cuti Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar, yang dijangka menyambung pengajian dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata keputusan itu mencerminkan sokongan parti terhadap pembangunan peribadi Nurul Izzah sebelum beliau kembali aktif menggalas tanggungjawab dalam organisasi.

“Insya-Allah, kita sedia apabila beliau bersedia untuk meneruskan tugas semula,” katanya.

Menurut Fuziah, Nurul Izzah akan mula bercuti selepas selesai melaksanakan tanggungjawabnya sepanjang kongres parti, termasuk perasmian Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita serta sesi penggulungan.

Susulan cuti sementara Nurul Izzah, PKR melantik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden buat sementara waktu.

Terdahulu, Nurul Izzah menyampaikan ucapan perasmian bersama Kongres Nasional AMK dan Wanita pada Jumaat.

Berita Berkaitan