Polis buru suspek rosakkan pondok doa di Putatan
PENAMPANG: Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian khianat di sebuah pondok doa di kawasan Sinundu Miracle Hill, Kampung Duvanson, Putatan.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, laporan diterima pada Isnin selepas pondok doa berkenaan ditemui dalam keadaan berselerak dengan beberapa barangan rosak.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat bagi membantu siasatan.

