PRU15: Jangan Sabotaj calon GRS-BN, pastikan menang – Bung Moktar
KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar tidak berkecil hati sehingga mensabotaj parti.
Katanya, tidak mengapa sekiranya kecewa serta membawa diri, namun mereka haruslah berjiwa besar sekali gus setia pada parti.
āKalau merajuk sehari dua tidak mengapa, merajuklahā¦.kemudian lepas itu kembali bantu kempen menangkan calon BN-GRS pada PRU15 ini.
āKita akan pastikan dalam PRU15ā¦..Mana kawasan BN tidak bertanding kita menangkan calon GRSā¦.Begitu juga sebaliknya,ā katanya ketika berucap mengumumkan calon BN hari ini.
Bung Moktar berkata, dalam masa sama mereka perlu memberi kepercayaan kepadanya bersama Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memastikan Sabah menyumbang kemenangan untuk membentuk kerajaan stabil di peringkat persekutuan nanti.
āBukan mudah untuk memilih calon dalam kalangan banyak parti dalam BN-GRS) ini. Semua hebat-hebat belaka.
āMereka semua sangat berkelayakan serta berpotensi besar untuk mengangkat parti serta menang besar dalam PRU15 ini,ā katanya.

