RM191 juta disalur percepat pengukuran tanah adat Sabah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan telah menyediakan RM191.054 juta bagi mempercepat pelaksanaan Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) untuk menyelesaikan isu tanah adat (NCR) di Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, sehingga kini sebanyak 214,171 hektar tanah telah diukur, memberi manfaat kepada 95,206 penerima dan menghasilkan 60,559 hak milik tanah.

Menurutnya, kerajaan akan meneruskan program itu di bawah RMK13 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

Beliau berkata, beberapa cabaran seperti keluasan kawasan pedalaman, bentuk muka bumi, pertindihan tuntutan serta proses perundangan menyebabkan sebahagian kawasan masih belum dapat diselesaikan.

Berita Berkaitan