Sabah akan pastikan pembangunan saksama untuk semua komuniti – Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited dalam memastikan pembangunan saksama untuk semua komuniti di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

ā€œKerajaan GRS telah mencapai banyak kejayaan sejak mengambil alih tampuk pentadbiran dengan mandat penuh daripada rakyat selepas pilihan raya negeri.

ā€œSaya mengucapkan terima kasih kepada rakyat terutama komuniti Cina untuk sokongan berterusan mereka menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri untuk membawa kemakmuran kepada Sabah,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Festival Tarian Naga, Unikorn dan Singa Tahun Baharu Cina 2022 anjuranĀ Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK) di sini hari ini.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri Sabah berharap rakyat akan terus memberi sokongan dengan menjadi rakan kongsi dalam kemajuan bagi merealisasiĀ agenda pembangunan kerajaan.

ā€œAdalah menjadi aspirasi saya sebagai Ketua Menteri untuk melakar laluan pembangunan bagi Sabah danĀ rakyat. Bagi tujuan ini, kami telah melancarkan hala tuju pembangunan lima tahun iaituĀ Hala Tuju Sabah Maju Jaya pada tahun lepas,ā€ katanya.

Hajiji mengulangi bahawa kerajaanĀ Sabah memberi tumpuan terhadap pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat seperi yang dapat dilihat daripada peruntukan besar RM164.12 jutaĀ dalam Bajet 2020 Negeri kepada agensi berkaitan, pendidikan dan badan keagamaan.

ā€œSelaras dengan semangat Keluarga Malaysia peruntukan itu adalah untuk manfaat semua agama dan bangsa diĀ Sabah,ā€ katanya.

Beliau berkata peruntukan terbesar yang pernah diluluskan oleh kerajaan Sabah berjumlah RM47 juta adalah untuk badan agama bukan Islam serta sekolahĀ vernakular dan mubaligh pada tahun ini turut mencerminkan keikhlasanĀ untuk menjaga kebajikan rakyat diĀ Sabah.

Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini, Hajiji percaya seluruh rakyat menantikan ketibaan Tahun Harimau yang terkenal kerana kekuatan, kehebatan dan keberaniannya terutama selepas berdepan cabaran yang belum pernah berlaku susulan pandemik COVID-19.

— BERNAMA

 

Berita Berkaitan