SAFMA manfaat Road to MAHA Labuan promosi Program Ikan Rakyat Sabah

LABUAN: Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. (SAFMA) menggunakan platform Road to MAHA Labuan 2026 bagi memperkenalkan Program Ikan Rakyat Sabah (IRS) kepada masyarakat sebagai sebahagian usaha memperkukuh keterjaminan makanan dan pembangunan industri perikanan negeri.

Pengurus Besar SAFMA, Burhan Japar berkata, program itu membantu rakyat mendapatkan ikan segar berkualiti pada harga mampu milik di samping meningkatkan pendapatan nelayan tempatan.

Beliau berkata, penyertaan SAFMA turut mengetengahkan pelbagai produk makanan laut termasuk ikan segar, makanan laut sejuk beku, produk hiliran serta hidangan tradisi Sabah seperti ambuyat bersama ikan ampap dan pais ikan.

Gerai SAFMA turut menerima kunjungan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar yang meninjau pelaksanaan Program Ikan Rakyat Sabah serta menikmati hidangan ambuyat bersama ikan ampap.

Menurut Burhan, penyertaan dalam Road to MAHA membuka peluang memperkenalkan hasil laut Sabah kepada pasaran lebih luas selain mewujudkan kerjasama strategik yang mampu memperkukuh ekosistem industri perikanan negara.

Berita Berkaitan