Salleh sedia syor percepat WP01, WP02 Pan Borneo Sabah
KOTA KINABALU: Ketua Merinyu Projek Sabah, Datuk  Salleh Said Keruak akan mengemukakan syor kepada kerajaan negeri bagi mempercepat pelaksanaan Pakej Kerja (WP01) dan (WP02) Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah selepas meninjau sendiri kemajuan di tapak.
Beliau berkata, lawatan itu membolehkan setiap isu teknikal dan kontraktual dikenal pasti secara langsung bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) serta kontraktor.
Menurutnya, laporan yang akan dikemukakan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor merangkumi penemuan di tapak, cadangan penyelesaian dan perkara yang memerlukan campur tangan kerajaan.
Katanya, WP01 dan WP02 merupakan laluan strategik yang menghubungkan Sindumin hingga Beaufort serta menjadi pintu sambungan utama Lebuhraya Pan Borneo Sabah dengan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di Merapok.

