SDBHD adakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU : Pengerusi Sabah Development Berhad (SDBHD), Datuk Dr Yusof Yacob, mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, di sini hari ini.

Kunjungan itu turut disertai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SDBHD, Nixon Abdul Habi.

Kunjungan berkenaan antara lain bertujuan memberi penerangan kepada Ketua Menteri mengenai pelan perniagaan syarikat yang sedang dilaksanakan dan bidang baharu yang bakal diterokai bagi menjana pendapatan SDBHD.

Langkah itu bukan sahaja memperkukuh keupayaan syarikat dalam menjana keuntungan dan menyumbang dividen kepada Kerajaan Negeri, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta memberi manfaat ekonomi kepada rakyat Sabah.

Dalam pertemuan itu, Hajiji menyatakan sokongan terhadap usaha SDBHD meneroka bidang perniagaan baharu yang berpotensi meningkatkan pendapatan syarikat dan menyumbang kepada pembangunan negeri.

Beliau pada masa sama menekankan supaya setiap bidang perniagaan yang diceburi SDBHD memberi manfaat kepada rakyat serta selari dengan aspirasi pembangunan Sabah.

Berita Berkaitan