Status kemajuan pembinaan Pan Borneo Sabah Fasa Satu 62 peratus

KUALA LUMPUR: Status kemajuan pembinaan bagi 12 pakej kerjaĀ pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa Satu yang telah dimulakan hingga Oktober lepas adalah 62 peratus.

Timbalan Menteri Kerja RayaĀ Datuk Arthur Joseph Kurup berkata 12Ā pakej kerja itu juga telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja pembinaan setakat ini.

ā€œPelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa SatuĀ dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kmĀ dibahagikan kepada 35Ā pakej kerja,ā€Ā katanya padaĀ sesi soal jawab di Dewan Rakyat hariĀ ini.

Arthur berkataĀ tarikh milik tapak ialah pada 11 Okt dan projek yang dijangka siap pada Oktober 2024 itu melibatkan pembinaan jalan sepanjang 58 kmĀ dengan kos pembinaan RM877 juta, yangĀ merupakan sebahagian daripada keseluruhan jajaran yang akan merentasi Sandakan keĀ Telupid.

Beliau menjelaskanĀ secara keseluruhan, skop pembinaan jalan berkenaan akan melibatkan kerja menaik taraf daripada dua lorong dua halaĀ kepada empat lorong dua hala dan terdapat pembinaan tiga jambatan baharu serta satu persimpangan bertingkat.

— BERNAMA

Berita Berkaitan