Teksi muat televisyen hingga pintu penumpang terbuka disaman polis
TAWAU : Polis mengeluarkan notis saman terhadap seorang pemandu teksi selepas membawa televisyen bersaiz besar di bahagian penumpang belakang sehingga tular dilaman sosial di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian ini menyebabkan kedua-dua pintu penumpang belakang teksi tersebut terbuka dalam kejadian jam 3.30 petang.
Katanya, video dikongsi seorang pengguna laman media sosial itu memaparkan situasi berbahaya, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna.
āBerdasarkan video tular tersebut, polis dapat mengesan pemilik teksi seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun berasal dari Tawau melalui semakan sistem Mobile Card Acceptance Device (MCAD) kira-kira jam 10.20 pagi tadi.
āPolis mengeluarkan notis saman di bawah Rule 18 Akta Pengangkutan JalanĀ 1987 kerana membawa barangan diatas kenderaan sehingga membahayakan kenderaan lain atau orang lain) terhadap pemilik kenderaan,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Jasmin berkata, dalam tempoh sama ujian alkohol serta saringan air kencing dijalankan terhadap pemilik kenderaan berkenaan.
āKejadian ini bukan sahaja mengundang bahaya kepada penumpang malah boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.
āOrang ramai diingatkan agar lebih bertanggungjawab semasa menggunakan media sosial mereka,ā jelas Jasmin.
Menurutnya, pengguna laman sosial digalakkan melaporkan sebarang kejadian berbahaya kepada pihak berkuasa agar tindakan segera dapat diambil.

