Usah tunding jari isu pembangunan Sabah, Sarawak – Ongkili
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah danĀ Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili meminta AhliĀ ParlimenĀ tidak saling menuding jari berhubung isu pembangunan di Sabah dan Sarawak sehingga mampu menggugat keamanan dan kestabilan negara.
Sebaliknya beliau berkata semua pihak perlu bekerjasama supayaĀ agenda merapatkan jurang perbezaan di antara Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dapat direalisasikan.
Katanya sejak Sabah dan Sarawak membentuk sebahagian daripada Malaysia, hak-hak istimewa bagi kedua-dua negeri itu sentiasa terpelihara sepertiĀ yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
āSudah pasti pelaksanaan perkara-perkara yang dibincangkan di bawah majlis khas berkenaan memerlukan masa untuk dilaksanakan dan menuntut kesabaran, serta dikendalikan melalui pendekatan yang harmoni sebagai Keluarga Malaysia,ā katanyaĀ ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan RakyatĀ hari ini.
OngkiliĀ berkata Majlis Khas Mengenai MA63 sebelum ini bersetuju supaya Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 yang antara lain bertujuanĀ meminda Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan mengenai tafsiran āPersekutuanā, dibawa ke pertimbangan Jemaah Menteri dan telah dibentangĀ untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada 3 Nov lepas.
āInisiatif ini dijangka akan selesai dilaksanakanĀ selewat-lewatnya pada Disember tahun ini. Majlis khas juga bersetuju supaya inisiatif pemerkasaanĀ ini turut diperluaskan kepada Jabatan Perikanan Laut Sarawak atas permintaan kerajaan negeri itu sewaktu mesyuarat berlangsung,ā katanya.
— BERNAMA

