Warga emas maut ditetak buruh ladang
TAWAU : Seorang lelaki bekerja sebagai buruh asing ditahan selepas dipercayai menetak warga emas menggunakan parang di sebuah rumah kebun di Jalan Sing Ho, Merotai Besar, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata,mangsa merupakan warga tempatan berusia 66 tahun disahkan meninggal dunia selepas mengalami kesan luka di bahagian kiri dan kanan kepalanya.
Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai salah faham antara mangsa bersama suspek sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan.
āPolis menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwaĀ berlakunya satu pergaduhan menggunakan senjata parang, pada jam 2.44 petang.
āKetika tiba di lokasi, polis menemukan mayat lelaki bersama kesan tetakan di rumah kebun terbabit sekali gus berjaya menahan suspek terbabit,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Jasmin berkata, pemeriksaan awal mendapati suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah ketika berada di negeri.
āPolis turut merampas sebilah parang dipercayai digunakan suspek untuk menetak mangsa.
āSuspek bekerja sebagai buruh ladang di kebun Merotai Besar. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat,ā jelas Jasmin.
Menurutnya, kes ini akandisiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
āSuspek disiasat mengikut dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berada di Malaysia,ā kata Jasmin.

