111 keluarga mangsa kebakaran Numbak terima bantuan RM1,500

KOTA KINABALU: Seramai 111 ketua isi rumah yang terjejas akibat kebakaran di tiga kampung di Numbak menerima bantuan khas kewangan RM1,500 daripada kerajaan persekutuan.

Bantuan itu disampaikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam satu program di Dewan Serbaguna Damai, Luyang, hari ini.

Kebakaran pada 30 Ogos lalu membabitkan Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama.

Selain bantuan tunai, keluarga terjejas turut menerima bakul makanan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud turut hadir pada program berkenaan.

Berita Berkaitan