9 kenderaan ‘extreme’ kena tindakan JPJ Sabah
KOTA KINABALU: Sembilan kenderaan diambil tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah menerusi Ops Extreme kerana melakukan pengubahsuaian yang tidak mematuhi spesifikasi dan peraturan ditetapkan.
Tindakan itu membabitkan tiga motosikal dan enam motokar, manakala dua kenderaan masing-masing sebuah motokar dan sebuah motosikal turut disita.
Antara kesalahan dikesan ialah pengubahsuaian bentuk dan peralatan, tukar muka, penggunaan air suspension, swing arm, sistem brek, ekzos, tayar serta nombor pendaftaran ‘fancy’.
JPJ Sabah memaklumkan sebanyak 50 notis dikeluarkan sepanjang operasi yang dijalankan dari Ogos hingga 9 September lalu.
Penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan kenderaan yang berada di jalan raya mematuhi spesifikasi keselamatan dan undang-undang ditetapkan.

