943 wakil Sabah buru 40 emas di SUKMA

KOTA KINABALU: Sabah menghantar kontinjen terbesar membabitkan 943 atlet dan pegawai ke temasya SUKMA Ke-22 Selangor 2026 dengan sasaran membawa pulang 40 pingat emas.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, daripada jumlah itu, seramai 744 atlet akan beraksi dalam 36 daripada 37 jenis sukan dipertandingkan.

Katanya, sasaran itu dibuat berdasarkan prestasi semasa atlet selain persediaan rapi yang dilakukan sejak awal.

Beliau berkata, bagi PARA SUKMA, Sabah menghantar 271 atlet dan pegawai serta menyasarkan 66 pingat emas bagi membolehkan negeri itu muncul semula sebagai juara keseluruhan.

“Kita kekal menyasarkan 40 pingat emas. Saya percaya atlet Sabah mampu merealisasikan sasaran itu hasil latihan dan persediaan yang telah dibuat,” katanya.

Beliau berkata, Sabah akan menyertai semua 30 sukan wajib dan enam daripada tujuh sukan pilihan, dengan hanya Kabaddi tidak disertai.

Bagi PARA SUKMA, Sabah menghantar 271 atlet dan pegawai serta menyasarkan 66 pingat emas bagi merampas semula gelaran juara keseluruhan.

Berita Berkaitan