Rumah haram di tanah kerajaan dirobohkan

LABUAN: Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) Labuan merobohkan sebuah struktur yang dibina secara tidak sah di atas tanah kerajaan di Kampung Gersik, hari ini.

Timbalan Pengarahnya, Abdul Basit Abdul Latiff berkata, operasi dijalankan susulan aduan orang ramai mendakwa rumah berkenaan dibina semula selepas pernah dirobohkan pada 2023.

Katanya, notis mengosongkan premis sudah dikeluarkan sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

“PPTGWP akan terus memantau tanah kerajaan yang diceroboh dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membina struktur secara haram,” katanya pada sidang media khas.

Operasi berkenaan turut membabitkan PDRM, Perbadanan Labuan, Jabatan Bekalan Air dan Jabatan Kesihatan Labuan.

Beliau berkata, kesalahan membina atau menduduki struktur di tanah kerajaan tanpa kebenaran boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

Berita Berkaitan