Batik Air, YeePay meterai kerjasama perkukuh hubungan pelancongan Malaysia-China

KUALA LUMPUR: Batik Air dan penyedia perkhidmatan pembayaran digital dari China, YeePay memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh hubungan Malaysia-China menerusi penyelesaian pembayaran digital dan pengedaran tiket penerbangan.

Kerjasama itu dijangka memudahkan pelancong dari China mendapatkan akses kepada tempahan penerbangan Batik Air melalui saluran pembayaran yang lebih mudah dan dikenali, sejajar dengan pengaturan pengecualian visa bersama Malaysia-China serta kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, China kekal sebagai antara pasaran pelancongan terpenting Malaysia.

“Pada separuh pertama 2025 sahaja, Malaysia menerima lebih 2.17 juta pelawat dari China, meningkat 35.6 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

“Kerjasama ini akan memudahkan pelancong China mengakses perkhidmatan Batik Air melalui kaedah pembayaran dan saluran tempahan yang biasa mereka gunakan,” katanya.

Batik Air kini mengendalikan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke lebih 10 destinasi di China termasuk Shanghai dan Guangzhou.

Berita Berkaitan