Gempa bumi lemah magnitud 3.4 gegar Keningau

KENINGAU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 berlaku kira-kira 10 kilometer barat Keningau pada jam 9.31 pagi, hari ini.

Gempa pada koordinat 5.3 darjah Utara dan 116.1 darjah Timur itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, dengan gegaran dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya.

Susulan kejadian itu, panggilan berkaitan gempa bumi diterima membabitkan beberapa lokasi termasuk bangunan G-Mart Keningau, Perabot Apollo, fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Setakat maklumat awal yang diterima, belum ada maklumat mengenai kerosakan atau kecederaan akibat kejadian berkenaan.

Berita Berkaitan