Lebih RM1 bilion dibelanja tangani isu air di Sabah

SEMPORNA: Kerajaan Sabah membelanjakan lebih RM1 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek berkaitan bekalan air di seluruh negeri, termasuk penggantian paip lama dan pelaksanaan beberapa projek utama yang dijangka siap dalam masa terdekat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, antara projek besar yang sedang dilaksanakan termasuk di kawasan Tawau yang kini mencatat kemajuan sekitar 50 hingga 60 peratus.

ā€œTerdapat dua tiga projek besar yang akan siap tidak lama lagi. Satu daripadanya hujung tahun ini dan di sebelah Tawau pun progres lebih kurang 50 hingga 60 peratus.

ā€œKita ganti paip-paip air di kebanyakan daerah kerana banyak kebocoran, banyak kecurian dan sebagainya,ā€ katanya.

Hajiji berkata, masalah bekalan air di Sabah bukan isu baharu, sebaliknya telah berlarutan sejak sekian lama dan memerlukan tindakan berterusan daripada kerajaan.

ā€œMasalah air ini bukan datang waktu kerajaan ini, ia diwarisi dari dulu lagi. Jadi kita kena lakukan yang terbaik sebagai kerajaan yang bertanggungjawab,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran 106 Unit Kedai Dua Tingkat Fasa 1 serta Pecah Tanah Projek Komersial Fasa 2 dan 3 Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di Jalan Bubul, Semporna.

Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji berkata projek komersial itu dijangka membantu merancakkan kegiatan ekonomi di Semporna, khususnya dengan kedudukan daerah itu sebagai destinasi pelancongan utama.

Menurutnya, pembangunan kedai berkenaan akan membuka lebih banyak ruang kepada penduduk tempatan untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan, selain memberi kemudahan kepada pelancong untuk membeli-belah, makan dan mendapatkan perkhidmatan.

Beliau berkata, projek berkenaan turut melibatkan cadangan pembinaan jeti oleh pihak pemaju.

Hajiji menambah, pendekatan itu selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan kerjasama kerajaan, rakyat, pemaju dan sektor swasta dalam memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri.

ā€œKita mempunyai dasar yang terbuka, ā€˜friendly investor’. Ini sahaja cara kita untuk maju ke hadapan.

ā€œKalau ada pelaburan dan aktiviti ekonomi, kita akan wujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat kita seluas-luasnya,ā€ katanya.

Berita Berkaitan