Azhar gesa longkang Taman Millennium Kingfisher segera dibersihkan

KOTA KINABALU: ADUN Darau, Azhar Matusin, menggesa pihak berwajib mengambil tindakan membersihkan longkang yang dipenuhi tumbuhan di sekitar Taman Millennium Kingfisher, khususnya di Lorong Millennium 2, Kota Kinabalu.

Azhar berkata perkara itu dikenal pasti ketika beliau melakukan tinjauan di kawasan berkenaan petang tadi.

“Masih banyak longkang yang dipenuhi tumbuhan terutama di Lorong Millennium 2. Mohon pihak berwajib dapat membersihkan longkang-longkang yang tersumbat,” katanya.

Dalam pada itu, Azhar turut merakamkan penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kerana mengambil tindakan membersihkan sampah yang berselerak di kawasan lapang dan taman rekreasi Ujana Kingfisher.

Menurutnya, masalah sampah di kawasan berkenaan telah dimaklumkannya pada 16 September lalu sebelum tindakan pembersihan dilaksanakan.

Isu kemudahan asas di kawasan Kingfisher turut mendapat perhatian Azhar sebelum ini. Hari ini, beliau dilaporkan membangkitkan masalah gangguan bekalan air yang menjejaskan kira-kira 12,000 penduduk di kawasan berkenaan. 

Berita Berkaitan