Abidin sertai Gagasan Rakyat, jangka 3,000 penduduk Paginatan akan ikut

KOTA KINABALU: Datuk Abidin Madingkir hari ini mengumumkan penyertaan rasmi beliau ke dalam Parti Gagasan Rakyat Sabah bersama 30 bekas Ahli Jawatankuasa STAR Paginatan.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti kerana percaya Gagasan Rakyat merupakan platform terbaik untuk meneruskan perjuangan politik berteraskan kepentingan Sabah.

Beliau berkata lebih 3,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan dijangka akan menyertai parti itu dalam masa terdekat.

Penyertaan beliau bersama ahli baharu diserahkan kepada Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, manakala Ketua Penerangan parti, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan turut menyaksikan majlis tersebut.

Turut menyertai Gagasan Rakyat ialah bekas Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.

Berita Berkaitan