Ahli KO-PELAJARAN Keningau dijemput hadir mesyuarat agung
Keningau: Koperasi Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Sabah Berhad (KO-PELAJARAN) Bahagian Keningau akan mengadakan Mesyuarat Agung Bahagian Tahun 2026 pada 29 Julai di Bilik Mesyuarat Taman Bandukan Riverside Resort.
Setiausahanya, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, mesyuarat bermula jam 9 pagi dengan pendaftaran peserta dibuka seawal jam 8.30 pagi.
Katanya, mesyuarat itu menjadi platform kepada anggota mendapatkan maklumat mengenai prestasi koperasi selain membincangkan perkara berkaitan kepentingan ahli.
“Setiap anggota yang layak hadir turut akan menerima saguhati RM300 yang dikreditkan ke akaun bank masing-masing mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya.

