Ativa hilang kawalan selepas keluar car wash, langgar Alza

KOTA BELUD: Sebuah Perodua Ativa dipandu wanita berusia 61 tahun hilang kawalan selepas keluar dari mesin cucian kereta automatik sebelum melanggar Perodua Alza dan struktur besi premis itu.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Khairul Shah Peri berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi di sebuah premis automatic car wash di Kota Belud.

Katanya, siasatan di lokasi mendapati Ativa terbabit baru keluar dari mesin cucian kereta sebelum pemandunya hilang kawalan.

Kenderaan itu kemudian berpusing dan melanggar sebuah Alza serta struktur besi mesin cucian automatik sehingga rosak.

Menurut Khairul Shah, pemandu Ativa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.

Berita Berkaitan