Buang sampah, enam dikompaun DBKK

KOTA KINABALU: Enam kompaun dikeluarkan dalam Ops Bersih yang dijalankan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sekitar Api-Api Night Market, Jalan Padang dan Bandaran Berjaya, Jumaat.

Operasi bermula jam 6 petang hingga 11 malam itu dilaksanakan bagi memastikan tahap kebersihan di kawasan tumpuan awam dan sekitar bandar raya terus terpelihara.

Menurut DBKK, kesemua enam kompaun yang dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan dibayar serta-merta.

Tindakan penguatkuasaan itu turut disertai peringatan kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah merata-rata, khususnya di kawasan tumpuan pengunjung.

DBKK menegaskan pemantauan terhadap tahap kebersihan akan terus dilakukan dan orang ramai perlu membuang sampah di tempat yang disediakan.

Pada masa sama, masyarakat diminta memainkan peranan bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran bagi memastikan Kota Kinabalu kekal bersih dan selesa.

“Kebersihan tanggungjawab kita bersama. Buang sampah pada tempatnya,” menurut peringatan DBKK.

Berita Berkaitan