BUDI95 kembali 300 liter sebulan, lebih 16 juta pengguna manfaat
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengembalikan kelayakan asas Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata keputusan itu akan memanfaatkan lebih 16 juta pengguna yang menikmati RON95 bersubsidi.
Pada masa sama, lebih 500,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan menerima Budi Diesel sehingga 400 liter sebulan.
Anwar mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Sebelum ini, kerajaan menyelaraskan kelayakan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 susulan konflik di Asia Barat, dengan harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

