DBKK giat banteras van sapu tanpa permit di pusat bandar

KOTA KINABALU: Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjalankan operasi khas di sekitar Sinsuran dan KK Plaza bagi membanteras aktiviti van sapu yang beroperasi tanpa permit.

DBKK dalam kenyataan memaklumkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pengusaha yang menyalahgunakan petak parkir awam serta menjalankan perkhidmatan membawa penumpang secara haram tanpa permit sah.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan mengelakkan penyalahgunaan kemudahan awam.

Berita Berkaitan