Sabah FC pamer taring, tundukkan Kasuka 3-0

KOTA KINABALU: Sabah FC semakin menunjukkan kesiapsiagaan menjelang musim 2026/27 selepas mencatat kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Kasuka dalam aksi pra-musim.

Sang Badak bermula pantas apabila Gonzalo Di Renzo membuka jaringan seawal minit kedua.

Sabah kemudian memperoleh gol kedua menerusi jaringan sendiri pemain Kasuka sekali gus memberikan kelebihan selesa kepada pasukan berkenaan.

Tidak berpuas hati dengan dua jaringan, Sabah terus memburu gol selepas rehat sebelum Park Jungbin menemui sasaran pada minit ke-71 untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Kasuka cuba memberikan tentangan, namun gagal mencari jalan untuk merobek gawang Sabah sehingga wisel penamat.

Kemenangan itu memberikan suntikan positif kepada Sabah dalam usaha memperkemaskan pasukan sebelum bermulanya saingan kompetitif musim 2026/27.

Berita Berkaitan