Kereta baharu belum terima kunci sudah disaman DBKK?
KOTA KINABALU: Perkongsian seorang pengguna Threads mencuri perhatian selepas memaparkan sebuah kereta yang dipercayai masih baharu dikenakan saman oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Alam Mesra.
Pengguna Threads, @msyakiro, mendakwa pemilik kenderaan itu belum menerima kunci kereta berkenaan ketika tindakan saman diambil.
“Good morning semua, moga dipermudahkan urusan. Kesian owner kereta baru, belum dapat lagi kunci sudah kena saman oleh DBKK di sini Alam Mesra,” tulisnya.
Gambar yang dikongsi menunjukkan notis saman pada sebuah kenderaan yang kelihatan masih baharu.
Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan kesalahan sebenar yang menyebabkan saman dikeluarkan atau sama ada kenderaan itu masih berada di bawah pengurusan premis jualan ketika tindakan diambil.

